Tuesday, December 28, 2010

Lesen memandu Lori kelas E

Saya nak tambah sikit lagi berkenaan dengan lesen lori ni. Ada sesetengah calun masih tidak faham lagi. Umur untuk mengambil lesen lori mestilah genap 21 Tahun. Mesti mempunyai lesen kelas D sudah genap 1 tahun. Mesti lesen CDL maksudnya bukan lesen P.

 Apakah yang dimaksudkan dengan lesen memandu kelas E. Ada sesetengah orang memanggilnya lesen E Full. Bagi saya tiada istilah E Full. Cuba lihat lesen kereta anda. Lihat dibelakangnya, ada disenaraikan semua jenis lesen  dari kelas A hingga kelas M. Maksud lesen memandu kelas E adalah Motorkar Berat BTM melebihi 7500 kg. Apakah itu BTM. BTM adalalah berat tanpa muatan manakala maksud melebihi sini pula adalah kurang ataupun lebih dari 7500 kg . Maksudnya di sini anda boleh membawa kenderaan yang beratnya 3000 kg ataupun beratnya 11000 kg. Harus di ingat motorkar yang dibawa haruslah tiada barang. Kalau hendak membawa barang anda hendaklah mempunyai satu lesen lagi iaitu Lesen Memandu Kenderaan Barang-Barang ataupun nama glamournya GDL.

Syarat-syarat untuk mengambil lesen memandu kelas E.
1.   Mesti berumur 21 tahun ke atas.
2.   Lesen kompeten kelas D mestilah sudah melebihi satu tahun.
3.   Menghadiri kursus Teori dan Amali untuk mengeluarkan lesen L.
4.   Belajar memandu Lori.
5.   Ujian praktikal JPJ.

Harga RM 800.00.
Nanti saya sambung pula bagaimana caranya untuk mengambil lesen GDL.




ATAU LAYARI:
http://www.facebook.com/profile.php?id=100001103008194&sk=wall

16 comments:

  1. Cik klau dh ambil pra L...bila L tu blh keluar ye 1minggu ada x...sbab klau x de L tu x blh nk bwk lori tu kn...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. CDL lesen memandu biasa
      GDL lesen memandu vokasional yang membolehkan bawa barang
      PSV lesen memandu vokasional yang boleh bawa penumpang

      Delete
  3. Hi kalau kata nak ambil lesen E full dan Gdl kita perlu ambil lesen motor dan kereta dahulu ke macam mana?

    ReplyDelete
  4. Sy dah ada lesen cdl d @ gdl 3500.blh kah saya terus ambil lesen e bersendi dan gdl..berape kosnye

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...tumpang tanya,apa beza CDL,GDL dan apa fungsi GDL kereta yg bayar rm250 tu.?

    ReplyDelete
  6. Saya dah ada lesen GDL 'D' BDM Tidak Melebihi 5000Kg... Skrg saya berminat untuk bawa 7500Kg (Kejur)... Jadi saya perlu amik lesen E Full sahaja kan...?

    ReplyDelete
  7. btm 2880 bdm 7000 boleh guna lesen D gdl x

    ReplyDelete
  8. Ambil lesen E full boleh bawa motor ke..sebab i ada D shj...

    ReplyDelete
  9. Saya nak tanya saya dah ada lecen kereta melebihi 2 tahun saya mahu ambil lesen lorry e bersendi lesen apa yang perlu saya ambil dari bawah adah kah lesen gdl e kejur atau lsen e maaf cuma ta ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. bossku,sekrg you kena amik E full,maksudnye kena amik E kejur lu baru amik E bersendi,,,,sebb lesen E full no ade 2 perbahagian iaitu kejur dan bersendi,,,jadi amik kejur li bru bersendi....

      Delete
  10. Kalau suda Ada lesen gdl,tapi nak bawa trailer,kena ada lesen apa,degan harga

    ReplyDelete
  11. Maksud nya kena ambil lesen E Dan gdl E la ye

    ReplyDelete
  12. berapakah harga lesen full e kalau dah ada GDL?

    ReplyDelete
  13. Nak tanye.. Sekarang Sy ada e full.. Tapi sy takde gdl,sy boleh bawa ke Lori 1 ton

    ReplyDelete