Thursday, December 30, 2010

Klas Lesen Kenderaan

A     : Kenderaan Orang Kurang Upaya.
B     : Motosikal Melebihi 500cc.
B2   : Motosikal Tidak Boleh Melebihi 240cc.
C     : Motosikal Tiga Roda.
D     : Motokar BTM Tidak Melebihi 3000kg.
E      : Motokar Berat BTM Melebihi 7500kg.
F      : Jentera Bergerak Ringan (Beroda)
          BTM Tidak Melebihi 3000kg.
G      : Jentera Bergerak Ringan (Berantai)
          Tidak Melebihi 3000kg.
H      : Jentera Bergerak Berat (Beroda)
          BTM Melebihi 3000kg.
I        : Jentera Bergerak Berat (Berantai)
           BTM Melebihi 5000kg.

Tuesday, December 28, 2010

Lesen memandu Lori kelas E

Saya nak tambah sikit lagi berkenaan dengan lesen lori ni. Ada sesetengah calun masih tidak faham lagi. Umur untuk mengambil lesen lori mestilah genap 21 Tahun. Mesti mempunyai lesen kelas D sudah genap 1 tahun. Mesti lesen CDL maksudnya bukan lesen P.

 Apakah yang dimaksudkan dengan lesen memandu kelas E. Ada sesetengah orang memanggilnya lesen E Full. Bagi saya tiada istilah E Full. Cuba lihat lesen kereta anda. Lihat dibelakangnya, ada disenaraikan semua jenis lesen  dari kelas A hingga kelas M. Maksud lesen memandu kelas E adalah Motorkar Berat BTM melebihi 7500 kg. Apakah itu BTM. BTM adalalah berat tanpa muatan manakala maksud melebihi sini pula adalah kurang ataupun lebih dari 7500 kg . Maksudnya di sini anda boleh membawa kenderaan yang beratnya 3000 kg ataupun beratnya 11000 kg. Harus di ingat motorkar yang dibawa haruslah tiada barang. Kalau hendak membawa barang anda hendaklah mempunyai satu lesen lagi iaitu Lesen Memandu Kenderaan Barang-Barang ataupun nama glamournya GDL.

Syarat-syarat untuk mengambil lesen memandu kelas E.
1.   Mesti berumur 21 tahun ke atas.
2.   Lesen kompeten kelas D mestilah sudah melebihi satu tahun.
3.   Menghadiri kursus Teori dan Amali untuk mengeluarkan lesen L.
4.   Belajar memandu Lori.
5.   Ujian praktikal JPJ.

Harga RM 800.00.
Nanti saya sambung pula bagaimana caranya untuk mengambil lesen GDL.




ATAU LAYARI:
http://www.facebook.com/profile.php?id=100001103008194&sk=wall

Lesen Kereta nak Tambah Motorsikal.

Sudah memiliki lesen kerete (D). Tapi lesen motorsikal tak ada. Macamana nak buat. Langkah pertama kena cari lesen L yang lama tu.Ada kelas B2 atau B tak. Kalau ada lesen L tu kena la renew. Baru boleh belajar motorsikal untuk tambah kelas. Kalau tak nak belajar pun boleh. Tapi kena tampal L la kat motor tu depan dan belakang. Lepastu kena naik seorang sahaja.
Langkah kedua pula kalau Lesen L yang lama tu tak ada kelas B/B2. Anda terpaksalah mengikuti kelas Teori dan Amali  Kelas B2 atau B. Baru Lesen L kelas B2 atau B dapat dikeluarkan. Harus diingat kelas B2 kelas cc adalah di bawah 250cc manakala kelas B semua kelas cc. Sesudah dapat L barulah boleh belajar memandu motorsikal. Langkah ketiga. Menduduki ujian praktikal JPJ. Terdapat 2 bahagian. Bahagian 2 terdiri daripada meniti atas titi, kon, brek kecemasan, pusingan angka 8 dan selekoh tajam. manakala bahagian 3 adalah menunggang di atas jalan raya.


Contoh Lesen L yang mempunyai semua kelas Lesen Memandu


INGIN MENGETAHUI TENTANG LESEN MEMANDU:
http://www.facebook.com/profile.php?id=100001103008194&sk=wall

Lesen kereta tambah kelas Lori (E)

Bagaimana lesen kereta nak tambah jadi lesen lori...
Caranya adalah begini:
- Pertama sekali perlulah menghadiri kelas teori
- Proses Lesen L.
- Setelah dapat lesen L bolehlah belajar memandu.
- Ujian Prakikal JPJ.
- Proses lesen CDL
Harga RM 800 sahaja tidak temasuk ulangan.

Untuk mengambil lesen lori pastikan anda berumur 21 tahun.
Telah memegang lesen CDL kelas D selama 1 tahun.

Berminat sila hubungi...
Call/SMS - Hairul : 0196409185.

ATAU LAYARI:
http://www.facebook.com/profile.php?id=100001103008194&sk=wall

Lesen Moto nak tambah kereta

Apa yang perlu anda buat.....
Lihat pada anda punya lesen L yang dah lama tu. Ada kelas D tak... Kalau ada renew lesen L dan boleh terus belajar memandu kereta.

Sekiranya lesen L anda tiada kelas D anda perlulah menghadiri kursus teori sahaja. kemudian Lesen L kelas D akan dikeluarkan.. Kemudian barulah anda boleh belajar memandu.

Sebarang kemusykilan sila hubungi
Hairul : 019-6409185.


MAKLUMAT LANJUT:
http://www.facebook.com/profile.php?id=100001103008194&sk=wall

Lesen B2 nak tambah jadi B FULL


Sediakan gambar 2 keping untuk proses lesen L kelas B. Bayaran RM 30.
Setelah lesen L keluar bolehlah terus belajar memandu motorsikal.
Tarikh ujian akan ditetapkan oleh pihak sekolah memandu.

Unuk pertanyaan sila hubungi ...
Mobile - Hairul IMC K46:019-6409185
email - erol_k46@yahoo.com



Atau Layari:
http://www.facebook.com/profile.php?id=100001103008194&sk=wall